ticker

Wednesday 27 January 2010

Agama KIta DihiNa???

Aku Search blog bru2 nie..xsangkan jumpa blog yg begitu kurang ajar menhina agama kita ...sedangkan kita tidak pernah pula nak menghina Agama mereka...hem...apa nak ajadi nie...aku pun xtaw..yang penting walaupun aku dah baca artikel berkenaan bagi aku Agama Allah adalah Agama Yg sempurna...
Blog berkenaaan dgn bangga menghina Nabi Muhammad,dgn detail membanggakan Agamanya..
isu agama amat sensitive namun bukan blogger dari Malaysia but dari Indonesia..Bagi yg ingin melihat isi kandungan blog yg kurang ajar dan biadap itu lawat arr ISLAM EXPOSE..Memang biadap sungguh...

Monday 18 January 2010

Pesan roh kepada manusia hidup

APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.
“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku.
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."

Sunday 17 January 2010

KeduduKan SeoraNG WaniTA

Kedudukan seorang wanita di sisi Islam adalah sangat mulia.
Sebuah hadith yang menunjukkan betapa tingginya martabat seorang wanita yakni ibu:
Hadith dari Mu’awiyah bin Jahimah (معاوية بن جاهمة ) yang datang kepada Nabi S.A.W. dan berkata:
يا رسول الله أردت أن أغزو، وقد جئت أستشيرك, فقالهل لك أم؟ قال: نعم. قال : فالزمها فإن الجنة تحت رجليها
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.”*
*Riwayat al-Nasa’I dan selainnya. Disahihkan oleh al-Hakim dan disepakati oleh al-Zahabi, diperakui juga oleh al-Munziri. Al-Albani pula menghasankan isnad hadith ini
Nah, betapa mulianya kedudukan seorang wanita dalam Islam. Oleh sebab itu Islam sangat mementingkan kehormatan seorang wanita. Allah menetapkan hukum-hukum khusus tentang wanita (contohnya aurat) mengikut kehendakNya, dan terbukti tujuannya hanyalah untuk memelihara kesucian seseorang wanita, dan BUKAN untuk mengongkong ~
Namun hakikatnya zaman ini wanita muslimah semakin keliru tentang batas aurat yang harus dijaga oleh mereka. Pada zaman moden ini, ramai pihak yang berlumba-lumba untuk mengadakan busana muslimah khas untuk wanita Islam, namun adakah benar busana muslimah yang kita lihat sekarang benar-benar memenuhi syarat menutup aurat bagi seorang wanita?
Contohnya di Malaysia, dengan bertambahnya fesyen bagi golongan muslimah, kebanjiran fesyen2 tudung contohnya selendang yang bermotif yang cantik untuk dipandang. Selain itu banyak juga majalah-majalah khas untuk wanita yang mempamerkan 'busana muslimah', yang dikatakan membolehkan wanita untuk berfesyen di samping memelihara nilai-nilai agama.
Persoalannya, benarkah?
Jom kita lihat beberapa ayat2 alQuran dan alHadith yang menceritakan tentang perihal aurat seorang wanita~
Daripada Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ada dua macam penghuni neraka yang kedua-duanya belum kelihatan olehku. Pertama, kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang lain. Kedua, wanita yang berpakaian tetapi sama seperti telanjang (kerana pakaiannya tidak menutup aurat, nipis dan mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya dilihat bukan muhrim) dan wanita yang mudah dirayu dan juga suka merayu. Wanita tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu dapat dicium sejauh perjalanan demikian dan demikian” (Sahih Muslim) Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzab 33:59)
" .....hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupidada-dada mereka..... "
(An-Nur 24:31)
sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
[HR Abu Dawud]

***ciri-ciri pakaian menutup aurat yang dituntut oleh syara‘ bagi wanita itu adalah seperti berikut:1. Pakaian yang longgar. Bukan pakaian sempit yang menampakkan susuk atau bentuk tubuh badan.2. Pakaian yang labuh yang menutupi keseluruhan anggota aurat.
3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat dari kelihatan. Bukan pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.
dan banyak lagi~ namun cukuplah sekadar apa yang diberikan.
Jadi, adakah fesyen wanita yang kita lihat sekarang mematuhi 'skema jawapan' yang ditetapkan oleh Allah?Kita tidak boleh terlalu teruja dengan apa yang kita lihat dalam dunia fesyen sekarang...Cantik di pandangan manusia belum tentu cantik pada pandangan Allah..dan cantik pada pandangan kita pun belum tentu cantik di mata orang lain.Tidakkah kita pernah menyoal untuk apa kita menunjuk-nunjuk apa yang ada pada diri kita?Sedangkan walau tanpa semua itu, wanita itu sendiri sudah kelihatan cantik di mata lelaki.Jadi usahlah menyusahkan orang lain dengan perkara yang kita lakukan...
Seandainya kita tidak peduli tentang masa depan kita, janganlah merosakkan masa depan orang lain
Harus diingat kita adalah wanita Islam, dan darjat kita tidak sama dengan wanita lain. Kita menjadi mulia kerana Islam, jadi janganlah kita kembali kepada zaman jahiliah yang mana wanita tiada nilai pun di mata masyarakat.
Ketika zaman jahiliah belum diturunkan perintah kepada wanita supaya memelihara aurat,jadi siapakah yang lebih baik? Kita atau mereka? Sedangkan mereka merupakan masyarakat yang jahil dan tiada petunjuk diberikan kepada mereka, dan kita hanya tinggal untuk patuh sahaja.
Ingatlah muslimah yang tersayang, kehendak nafsu dan akal tidak boleh mendahului dalil dan nas dalam al-Quran dan as-Sunnah. Biarlah orang-orang Barat dengan cara mereka, dan kita dengan agama kita.
Tidak sama kita dengan mereka.
Andai benarlah syahadah yang kita lafazkan acapkali,
"Tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah"
maka buktikanlah apa yang dilafazkan itu.
Buktikanlah bahawa kita merupakan wanita muslimah dengan bersungguh-sungguh berusaha untuk memelihara aurat kita, untuk berserah diri kepada Allah dengan mengharapkan syurga.
Hentikanlah daripada berangan-angan untuk mendapatkan syurga jika tidak mahu berjuang untuk mendapatkannya..
Suatu ingatan buat saya dan kita semua..
Wanita sekarang menjadi fitnah terbesar bagi kaum lelaki...
Kita hanya mampu membayangkan betapa kewujudan kita mampu menggugat keimanan seorang lelaki,
namun hakikatnya kita takkan mampu mengetahui betapa hebatnya dugaan itu.
Harus diingat runtuhnya sebuah bangsa kerana rosaknya para wanita, dan hebatnya suatu bangsa kerana kehebatan wanitanya melahirkan lelaki-lelaki yang hebat!
Adakah kita tegar membiarkan lelaki kalah dengan kita semata-mata kerana kurangnya ketaatan kita pada Allah? Betapa kita mementingkan diri sendiri, membuat sesuatu perkara semata-mata mengikut kehendak hati kita tanpa memikirkan natijah tindakan kita itu terhadap orang lain...
Ingatlah, ahli neraka nanti kebanyakannya tergolong daripada wanita...
Adakah kita rela dicampak ke dalam neraka?
Menghadapi seksaan di dalamnya?Tiada siapa yang sangguppp.sedangkan panas matahari pun sudah tidak tertahan,apatah lagi neraka yang sudah pasti lebih dahsyat lagi
Hati seorang wanita itu sangat lembut... Namun lembut bukan bermakna lemah!
Jangan sekali-kali kita kalah dengan kehendak hati kita,
Jangan sekali-kali kita kalah dengan perasaan kita,
Jadilah wanita-wanita kuat,
yang sanggup berkorban demi kepentingan agama,
yang akan melahirkan generasi penyambung perjuangan Islam!
*******
Saya memohon ampun seandainya tulisan ini mengguris hati mana-mana pihak...
Tiada niat lain melainkan kerana kasih sayang sesama kita...semoga kita sama-sama dapat memperbaiki diri dalam menggapai cinta Ilahi...amiiin ya rabbal alamin~
“Barangsiapa yang mengerjakan amalan shalih, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan pula kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (An Nahl: 16:97)
*This is the edited version from the original post

Jiwa seorang sahabat~

“Eeeee…geramnya dengan dia ni!!! Suka sangat sakitkan hati orang...arghhhhhhh”“Sakitnya hati… kenapa tak sensitif sangat dengan orang lain???
Sampai bila nak sabar???
”Begitulah antara monolog-monolog dalaman yang mengambil tempat apabila hati kita disakiti oleh orang yang bergelar ‘sahabat’.
Seringkali apabila nafsu amarah merajai diri, maka hilanglah segala pertimbangan dan rasional.Rasa marah yang lahir apabila insan yang bernama sahabat seolah-olah tidak memahami kita, padahal sudah banyak yang dilalui bersama sepanjang perkenalan kita dengan orang tersebut.Kadang-kadang, kita sebagai manusia yang sering terlupa, sering terlepas pandang apabila mendapat khabar gembira.Kita lupa, bukan semua orang mempunyai nasib yang sama dengan kita. Kita enak bergelak ketawa tanpa memikirkan mungkin teman kita di sebelah sedang berduka, sedang menangis di dalam hati.Kita lupa, di saat kita seronok bergurau senda dengan suara yang kuat, mungkin teman di sebelah sedang cuba tidur, cuba membaca al-Quran, cuba menelaah pelajaran.Adakah kita berhenti sejenak untuk memikirkan mungkin teman di sebelah kurang senang dengan tindak-tanduk kita?Yang disebut di atas merupakan antara contoh yang sering berlaku dalam kehidupan kita, samada antara pelajar Malaysia, atau mungkin juga antara pelajar Malaysia dan Indonesia. Yang paling penting ia berlaku sesama saudara seIslam kita… Betapa kita sering terlupa untuk menjaga hablumminannas…Hubungan sesama manusia…Komunikasi tidak mungkin berjalan dengan baik tanpa kerjasama kedua belah pihak. Apabila berlaku salah faham atau apabila hati kita terguris, salah satu pihak haruslah ‘merendahkan diri’ dengan memberikan kemaafan.Kemaafan bukanlah bermakna kita merupakan insan yang lemah, namun sebaliknya. Insan yang pemaaf merupakan insan yang kuat, kerana mereka mampu menolak ke tepi segala perasaan negatif demi menjernihkan hubungan, demi memelihara persaudaraan…Saya pasti, apabila keadaan masih tidak berubah, apabila sahabat kita masih menyakitkan hati kita tanpa sedar, when push comes to shove, kita mungkin berasa tewas. Tewas untuk terus memaafkan dan mahu ‘memberikan peluang’ kepada marah untuk meraja di hati. Itu merupakan peluang yang tidak harus diberikan... teruskanlah bersabar, insyaAllah ada ganjaranNya di pengakhirannya nanti:)Sebab itulah sebagai seorang bernama manusia, berusahalah untuk mengikis sikap mementingkan diri sendiri dalam diri kita. Cubalah letakkan diri kita dalam diri sahabat kita. Adakah kita akan suka mendapat sahabat seperti kita? Adakah kita telah cuba menjadi sahabat yang terbaik,atau adakah kita hanya mengharapkan teman kita menjadi sahabat yang paling sempurna, sedangkan kita??Jika soalan-soalan itu ditanya pada saya… jujur jawapan yang akan diberikan adalah tidak, saya bukan teman yang sempurna kerana sedar bahawa sebagai manusia biasa, tak mungkin akan terlepas daripada khilaf. Tanpa kita sedari, mungkin ada tindakan atau kata-kata kita yang mengguris perasaan orang yang kita sayangi.“Habis tu saya nak buat macam mana kak? Rasa macam dah buat banyak dosa dengan kawan saya…sob3…:(”“Ha…kalau camtu kenalah belajar memaafkan kesalahan orang lain…Bila kita maafkan kesalahan orang pada kita, insyaAllah orang lain pun akan maafkan kita jugak bila kita buat silap:)”“Ek?”“Haah. Suburkanlah sifat pemaaf dalam diri kita. Jika orang selalu melakukan kesalahan terhadap kita, mungkin tanpa kita sedari kita lebih banyak berdosa terhadap orang lain kan? Yang tu baru dosa dengan manusia, cuba kita fikir pulak, berapa banyak dosa kita pada Allah?Cuba kira, dapat?
Sangat banyak rasanya, tapi Allah tak pernah menutup ruang taubat selagi nyawa belum sampai ke halkum betul?"
*si adik mengangguk lemah*
"Hmmm...Apalah sangat diri kita… Malu sikit dengan Allah, kita yang tak ada apa-apa ni nak meninggikan diri dengan orang, nak marah-marah, dahlah banyak buat dosa, padahal Dia yang maha Khaliq pun rileks je nak maafkan dosa hamba-hambaNya kan?”*si adik hanya terdiam sambil termenung jauh*“Ha..cuba renungkan hadith ni,”“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah dari kalian dan janganlah kalian melihat kepada orang yang lebih tinggi dari kalian, karena yang demikian itu lebih wajar agar kalian tidak menganggap rendah nikmat Allah Ta’ala yang telah dianugerahkan kepada kalian.” (Muttafaq ‘alaih)“Waaah…akak ni hafal hadis ke? Waaaaaaaahhh”
*si adik bertanya sambil mata bersinar-sinar*“Haha, tak adalah...tak adalah hafal mana pun... ingat sikit-sikit je…tapi rajin-rajinkanlah mencari ilmu ya? Rugi kalau tak nak ambil tahu, nanti tak kenal Nabi saw… Kalau tak kenal Nabi saw macam mana Nabi saw nak kenal kita kat akhirat nanti? Macam mana Nabi saw nak sayang?”*si kakak menepuk-nepuk bahu si adik dengan lembut lantas meninggalkannya dengan persoalan tersebut...*~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~**~Penjelasan hadis:“Lihatlah” maksudnya:Lihatlah dengan penglihatan yang dengannya kalian dapat mengambil pelajaran, bukan sekedar melihat tanpa mengambil pelajaran.”Kepada orang yang lebih rendah dari kalian” maksudnya :Dalam perkara dunia seperti harta benda, kesenangan dunia atau bentuk fizikal, hendaknya kita melihat kepada orang yang lebih ‘rendah’ dari kita atau kurang daripada kita, supaya kita lebih bersyukur dengan segala nikmat yang kita ada.
copy dari blogger Farhana88-thank yr blog bnyk sgt infomation...i love it when im visit yr blog

InGatLah BataSAn KIta

Sebagai seorang yang dinamakan manusia, kita dilahirkan penuh dengan kekurangan. Dan antara kekurangan yang amat jelas dapat dilihat kini adalah lemahnya seseorang dengan jantina yang berlawanan. Lelaki akan lemah apabila berdepan wanita, dan wanita akan lemah apabila berdepan dengan lelaki.
Mungkin ada yang merasakan, lelaki dan perempuan boleh berkawan sahaja tanpa ada hubungan yang 'lain' . Ya. Benar. Memang boleh. *Boleh dari segi sosial, saya bukan bercakap tentang hukum*
Namun kita harus sedar dan mengakui kekurangan yang wujud dalam diri kita. Sudah berapa kali kita mendengar kisah lelaki dan perempuan yang bersahabat baik, menjadi best friend, dan rupanya dalam diam si perempuan menyimpan perasaan terhadap si lelaki. Dan apabila lelaki mengetahuinya, mungkin dia akan berasa bingung kerana mereka hanya kawan, bagaimana kawannya boleh menyimpan perasaan???
Biasanya, di saat ini, bila dah susah, barulah kita nak kembali kepada Islam. Barulah kita nak ikut cara berhadapan dengan berlainan jantina yang ada dalam agama...
Kaum lelaki kena sedar, bahawa hati perempuan ni tersangaaatlah lembut.
Ya,ya, saya tau, saya tau, mungkin itu jawapan yang keluar.
Mungkin kalian tahu, tapi kalian belum memahami...
Adakah hanya apabila lelaki meluahkan perasaan maka hati perempuan akan 'cair'? Tidak, semua perkara yang anda lakukan, yang bagi anda mungkin itu perkara biasa, contohnya mengambil berat terhadap si perempuan, disebabkan dia perempuan dan mungkin lebih 'vulnerable' menyebabkan kalian terlebih concern.
Atau mungkin dengan gurauan anda yang mungkin bagi anda biasa, namun dapat menyentuh hati perempuan itu... Hatta perkara kecil sekalipun. Andai dia dapat merasai keikhlasan anda, hatinya akan sangat mudah untuk 'terpaut' (maaf, tak dapat fikir perkataan lain yang kurang 'geli')
Atau mungkin layanan anda terhadapnya yang dirasakan 'lain', walaupun hakikatnya anda memanglah seorang yang 'friendly' dan 'happy go lucky'. Contohnya.Bagi kalian itu perkara biasa, namun sang perempuan yang terseksa. Ini pemerhatian saya daripada banyak perkara yang berlaku di sekeliling. Selepas tu barulah nak saling menyalahkan antara satu sama lain, yang peliknya, kita jarang nak menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu...Laki: "Sapa suruh pikir lain? Aku tak pernah mengaku apa2 pun"Perempuan: "Action speaks louder than words! Dah tau tak suka buat apa nak baik-baik dengan aku!?"
Akhirnya gaduh tak berhenti, kerana dua-dua tak nak mengakui bahawa masing-masing dah terpesong dari panduan Ilahi.
Contoh lain, menzahirkan doa kita padanya. Misalnya, "Saya selalu doakan awak" ataupun apa-apa saja doa yang diungkapkan buat perempuan itu dan diketahui olehnya. Nampak macam ok kan? Tapi benda macam tu pun boleh buatkan perempuan tu suka. Contoh ayat dalam hati: "Oh baiknya hati dia, doakan aku...waaaaa"
Doakanlah puas-puas, namun rahsiakanlah darinya. Kan doa itu dipanjatkan keatas Tuhan. Jadi cukuplah Allah yang mengetahuinya^^
[Sekarang baru korang tau kan... Dah tau tu jangan nak ambil kesempatan nak try buat pulak. Ada yang kena fire karang ^^]
Di sini, barulah kita nampak hikmah mengapa Allah menetapkan berbagai-bagai aturan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan... Kerana yang menciptakan PASTI lebih tahu tentang ciptaanNya. Namun kita sering melampaui batas itu, mungkin kerana lupa, atau disebabkan hati kita yang jauh dariNya, wallahua'lam, masing-masing boleh jawab sendiri.
Jadi sama-sama kita mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat kita...
Prevention is better than cure.
Kadang-kadang (selalu sebenarnya), seorang perempuan terpaksa mengeraskan hatinya, demi untuk tidak menjatuhkan diri ke dalam fitnah. Andai kita merasakan bahawa perempuan itu sangat tegas terhadap orang lain(maksudnya lelaki), ketahuilah bahawa dia sebenarnya lebih tegas terhadap dirinya sendiri. Mungkin bagi lelaki pun begini, saya pun tak tahulah sebab saya bukan lelaki :) tetapi kadang-kadang kita memang perlu mengeraskan hati demi menjaga
maruah diri.
Perempuan sememangnya dilahirkan berhati lembut. Namun sebagai 'respons' terhadap apa yang ada di sekelilingnya, terpaksa mengeraskan hati sehinggakan orang merasakan dia seorang yang keras hati, ego dsb. Jadi bantulah kami kaum perempuan, nasihatlah kami dengan baik, jangan 'test' limit kami, kerana mungkin saja kami akan gagal. Moga kita sentiasa dipelihara Allah dalam setiap perkara...

Istiqamah

terima kasih kpd blogger banyak yg dapat aku kongsikan..kerana aku masih bnyk yg perlu diperbaiki
Istiqamah is the key~
عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو: أَنَّهُ تَزَوَّجَ امْرَأَةً مِنْ قُرَيْشٍ، فَكَانَ لَا يَأْتِيهَا، كَانَ يَشْغَلُهُ الصَّوْمُ وَالصَّلَاةُ، فَذُكِرَ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: " صُمْ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ "، قَالَ: إِنِّي أُطِيقُ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ، فَمَا زَالَ بِهِ حَتَّى قَالَ لَهُ: " صُمْ يَوْمًا، وَأَفْطِرْ يَوْمًا "وَقَالَ لَهُ: " اقْرَإِ الْقُرْآنَ فِي كُلِّ شَهْرٍ "، قَالَ: إِنِّي أُطِيقُ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ، قَالَ: " اقْرَأْهُ فِي كُلِّ خَمْسَ عَشْرَةَ "، قَالَ: إِنِّي أُطِيقُ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ، قَالَ: " اقْرَأْهُ فِي كُلِّ سَبْعٍ "، حَتَّى قَالَ: " اقْرَأْ فِي كُلِّ ثَلَاثٍ "وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ لِكُلِّ عَمَلٍ شِرَّةً ، وَلِكُلِّ شِرَّةٍ فَتْرَةٌ ، فَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ إِلَى سُنَّتِي، فَقَدْ
أَفْلَحَ، وَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ إِلَى غَيْرِ ذَلِكَ، فَقَدْ هَلَكَ
"Diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bahawa beliau telah berkahwin dengan seorang wanita daripada Quraisy, dan beliau tidak pernah melakukan hubungan dengannya, kerana dia sibuk dengan puasa dan solat. Perkara ini disebutkan kepada nabi (sallallahu ‘alayhi wasallam), lalu nabi bersabda:
“Puasalah tiga hari setiap bulan.” Katanya: “Aku boleh lakukan lebih daripada itu.” Dan ini berterusan sehinggalah nabi bersabda kepadanya:
“Puasalah sehari dan berbuka satu hari.”
Sabdanya lagi kepada Abdullah: “Bacalah (sehingga khatam) dalam masa sebulan.” Jawabnya: “Aku mampu lebih daripada itu.” Sabdanya lagi: “Bacalah dalam 15 hari.” Jawabnya: “Aku mampu lebih daripada itu.” Sabdanya lagi: “Bacalah dalam 7 hari.” Sehinggalah disabdakan:
“Bacalah dalam masa 3 hari.”
Nabi bersabda lagi: “Sesungguhnya bagi setiap amalan ada waktu shirrah, dan setiap shirrah ada waktu fatrah. Sesiapa yang fatrahnya di dalam sunnahku, maka dia telah berjaya, dan sesiapa fatrahnya (menjurus) kepada selain itu, maka dia akan binasa.”[Musnad Ahmad no. 6764 – disahihkan oleh Ahmad Shakir dan Shu’ayb al-Arna’ut]“shirrah” bermaksud “الحرص على الشيء والنشاط فيه والرغبة” (ingin sangat kepada sesuatu, dan kecergasan di dalamnya, dan kegemaran) [Mirqat al-Mafatih oleh Ali al-Qari]“fatrah” (dengan huruf ‘ت’, bukan fitrah dengan huruf ‘ط’) bermaksud “وهن وضعف” (lemah dan tidak upaya) [Mirqat al-Mafatih oleh Ali al-Qari]
Pengajaran Hadith:~Bersederhana dalam amalan.“sederhana” bermaksud tidaklah terlalu banyak sehinggakan kita akan ‘haus’ seperti tayar yang digunakan secara ekstrim akan ‘haus’ dengan cepat, lalu meletup atau menjadi tidak efektif, yakni menyebabkan amalan itu terhenti terus. Dan amalan tidak pula terlalu sedikit sehinggakan amalan yang biasanya dapat dilakukan ketika ‘fatrah’ (lemah atau malas) pun tidak diamalkan.“amalan” di sini adalah amalan yang kita lakukan secara berterusan, kerana Allah sukakan amalan yang berterusan walaupun sedikit, seperti dalam hadith nabi.Dalam hadith ini, Abdullah bin ‘Amr telah mengikut kecergasan beliau yang masih muda ketika itu untuk membuat amalan-amalan yang terlalu banyak, sehinggakan hak isterinya terabai. Maka nabi memberi nasihat kepada beliau agar mengurangkan amalan itu agar berpada-pada. Namun cadangan nabi dibantah secara halus dengan mengatakan beliau mampu lebih daripada itu. Lalu dinaikkan sedikit demi sedikit sehinggalah ke tahap maksima, iaitu puasa nabi Daud (puasa selang sehari). Nabi mensyorkan kepadanya amalan yang beliau mampu lakukan dalam keadaan cergas mahupun malas, kerana yang pentingnya, berterusan. Oleh itu:
1. Sekiranya Abdullah teruskan dengan berpuasa setiap hari dalam keadaan cergas, beliau telah menyalahi Sunnah dengan melepasi batas yang nabi letakkan.
2. Sekiranya Abdullah meneruskan amalan puasa nabi Daud, dikhuatiri beliau tidak dapat meneruskannya. Dan terbukti bahawa diriwayatkan kata-kata beliau menyesal tidak mengambil keringanan yang nabi syorkan, kerana setelah beliau tua, beliau tidak dapat meneruskan amalannya yang banyak itu.
3. Sekiranya Abdullah mengambil amalan yang sederhana, beliau akan dapat meneruskan amalan itu sehingga maut, dan itulah amalan yang paling disukai Allah.
4. Sekiranya Abdullah tidak berpuasa sunat langsung, tetapi puasa Ramadhan ditunaikan, perkara ini masih di dalam sunnah nabi (syariat nabi) dan ianya harus, tetapi beliau mampu melakukan amalan puasa sunat, sekurang-kurangnya 3 hari setiap bulan (seperti disyorkan nabi) maka beliau akan rugi kerana tidak melakukan amalan sunat yang mampu dilakukan.
5. Sekiranya Abdullah tidak menunaikan puasa wajib (Ramadan), samada seluruhnya atau sebahagiannya, maka beliau telah terkeluar batasan Islam, walaupun puasa sunat dilakukan secara berterusan!
6. Sekiranya Abdullah berpuasa hanya pada 15 Sha’ban sahaja, dikhususkan kerana dipercayai ada fadhilat padanya, walaupun tiada dalil, ataupun mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa, maka beliau sudah melakukan perkara baru dalam agama.Persoalan yang bangkit: Sekiranya elok beramal secara berterusan, maka kita memilih amalan yang sederhana, adakah ini melarang kita beramal dengan sunnah nabi yang lebih daripada kadar amalan sederhana?Jawapannya: Tiada halangan untuk mengamalkan sunnah-sunnah yang lebih daripada kadar sederhana, untuk masa-masa cergas, atau bila banyak masa terluang, atau pada masa-masa yang digalakkan kita beramal lebih, tetapi tidak untuk dijadikan amalan berterusan (dawam) yang akan menyebabkan dia terhenti daripada beramal kerana sudah menjadi beban ke atasnya, semakin hari makin sukar menghadapinya lalu tersungkur di pintu syurga.
Contohnya: mengkhatam al-Quran setiap bulan sekali, adalah amalan yang dilakukan berterusan. Tetapi datang bulan Ramadan, maka digiatkan lagi bacaan al-Quran untuk bulan tersebut, lalu dikhatamkan setiap 3 hari sekali. Atau datang sepuluh 10 pertama Zulhijjah, maka digiatkan bacaan al-Quran, lalu dikhatamkan dalam masa 10 hari. Selepas itu, dia kembali mengamalkan amalan biasanya.

Kalimah SyahadaH

Seperti yang kita tahu, syarat untuk seseorang memeluk Islam yang pertama adalah dengan mengucapkan dua kalimah syahadah.



Rasulullah bersabda: "Barang siapa yang berkata (bersaksi) – 'Tiada tuhan melainkan Allah' dan ia kufur dengan apa yang disembah selain daripada Allah, (maka) haram (terpeliharalah) harta dan darahnya. Perhitungannya adalah di atas ketentuan Allah."
(Hadis riwayat Imam Muslim)



Allah mengharamkan darah seorang muslim... Kata kuncinya adalah MUSLIM.

Namun apakah yang dikatakan seorang muslim itu? Cukupkah dengan hanya bersyahadah dia sudah dikira sebagai muslim? Sedangkan kalimah itu sebenarnya membawa makna yang sangat besar dalam hidup seseorang...



Jom kita kaji syarat-syarat penerimaan syahadah bagi seorang muslim. Ada 7 kesemuanya...



“Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman ." Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', kerana iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Hujurat : 14)




1-Mengetahui Maksud Syahadah dan Tuntutan Iman

Sekadar mengucapkan kalimah syahadah tanpa mengetahui maksudnya, tidak membawa makna apa-apa...



Contohnya, non-muslim yang sekadar menyebut kalimah syahadah, tanpa mengetahui apa maksudnya, apa implikasinya, tidaklah menjadikan dia seorang muslim.



Samalah juga seperti kita.

Adakah kita sebagai muslim menyedari betapa besarnya makna syahadah yang sering kita lafazkan?



Mengetahui tentang Tauhid kepada Allah swt sangatlah penting dan cemas kerana kita diperintahkan mentauhidkan Allah swt dan Syahadah bermaksud menafikan ibadah kecuali hanya kepada Allah swt dan menyembah hanya kepada Allah swt oleh itu kita perlu mengetahui bagaimana dan caranya.



Mengetahui maksudnya belum cukup... Jom melangkah ke syarat seterusnya..




2- Meyakini Iman dan Syahadah Lailahaillallah tanpa Syak dan ragu

Untuk 'pengakuan' kita (syahadah) diterima, syarat keduanya adalah YAKIN. YAKIN tanpa SYAK dan RAGU.



Keyakinan yang disebutkan ialah bermaksud pegangan kukuh dan kepercayaan jitu bahawa tidak sampai dan tidak dapat dicapai syurga dan keredhaan Allah itu melainkan dengan memiliki Iman dan bersyahadah. Juga menyakini dengan pasti dan penuh kepercayaan bahawa semua yang dibawa oleh rasulullah itu benar, janji Allah itu benar, rukun iman itu benar dan mempercayainya serta menyakini kewajipan bersyahadah dan menyakini dengan pasti bahawa syahadah itu kunci kepada syurga.



Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar.” (Al-Hujurat : 15)



Tidak akan dianggap beriman orang yang berasa ragu-ragu pada agama Allah.

Tidak yakin pada janji-janji Allah.



Orang yang yakin akan janji-janji Allah, mereka inilah yang disebutkan oleh Allah sebagai orang yang memiliki sifat Ihsan...



Apa itu ihsan?



Ihsan iaitu beribadah kepada Allah seolah-olah mereka melihat Allah kerana menyakini kebenaran agama ini dan sekiranya mereka tidak dapat melihat Allah swt maka mereka tetap menyakini bahawa diri mereka dilihat oleh Allah swt lalu di dalam kelemahan dan kekuatan, di dalam suka atau terpaksa mereka tetap menunaikan kewajipan mereka kerana menyedari dan menyakini mereka diperhatikan oleh Tuhan Yang Maha Gagah.




3- Penerimaan yang menyeluruh dan penyerahan yang mutlak terhadap Islam



Dimaksudkan qabul ialah menerima dan Istislam pula bermaksud penyerahan diri yang bersifat mutlak terhadap apa yang datang daripada Allah swt. Seorang Muslim itu tidaklah dianggap beriman sehingga dia menerima segala apa yang datang daripada Allah swt dan melaksanakannya serta dia wajib MENYERAH diri, kehidupan, masa depan, kebahagiaan, keseronokkan segala-galanya yang di akal sangkaan konon miliknya itu harus diserahkan semuanya kepada Allah swt.



Tidaklah dianggap sebagai Muslim seseorang yang menolak apa yang datang daripada Allah swt dan tidak mahu menerimanya kerana tidak suka atau sukar menunaikan perintah yang datang.



Apabila seseorang itu benar-benar memahami apa maksud syahadah yang dilafazkannya, dia telah menyerahkan diri pada Allah sepenuhnya, dan tidak menolak apa yang datang dariNya, atau tidak menerima dan melaksanakannya kerana tidak suka atau sukar melaksanakan perintah yang datang.



Ucapan yang dibenarkan untuk diucapkan oleh setiap manusia yang beriman takala datang perintah daripada Allah ialah “Kami dengar dan kami taat.” (Rujuk surah Al-Baqarah ayat 285)



Firman Allah swt yang bermaksud : “Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. "Kami mendengar, dan Kami patuh". dan mereka Itulah orang-orang yang beruntung.” (An-Nur : 51)



Masih ada lagi... Sudah menyerah masih belum cukup? Ya, belum sempurna lagi.

Tak larat nak baca? Rehatkan mata jap, lepas tu sambung. Penting ni penting ni :)






4- Ketaatan dan Pelaksanaan Amal Terhadap Apa yang diPerintahkan



Apa yang dimaksudkan menyerah daripada ayat surah an-Nur di atas adalah dengan patuh.



Setiap larangan dan tegahan Allah swt perlu ditinggalkan dan mesti dijauhi dan usaha dilakukan untuk mencegah diri daripada terjebak ke dalam kemurkaan-Nya.

Adalah tidak benar menjadikan alasan tidak mampu, tidak kuat dan tidak bersedia sebagai alasan untuk tidak mentaati Allah swt dan tidak kuat sebagai alasan untuk terjebak di dalam perkara yang haram.

Allah memerintahkan kita untuk beramal dan setiap arahan itu perlu dilaksanakan.

Tidak mampu, lemah, tidak berdaya, tiada kekuatan hanya dapat dijadikan alasan SETELAH KITA BERUSAHA dan telah melakukannya dan telah gagal setelah mencuba dan akhirnya tewas serta terkorban di dalam usaha melaksanakan perintah tersebut dan begitulah kita diperintahkan.




5- Membenarkan dan memperjuangkan Iman dan Tuntutan Syahadah



Maksud syarat kelima adalah memperjuangkan isi Iman dan tuntutan syahadah tersebut kepada semua manusia dan makhluk di atas muka bumi dan berusaha menegakkan kalimah Allah swt dan hukumnya serta memastikan kalimah tauhid tertegak dan tidaklah ada sekutu bagi Allah swt di atas muka bumi ini seorang pun, sedikit pun dan apa-apa jua sekutu bagi Allah.



Agama ini memerlukan keimanan pengikutnya diuji dan dibuktikan melalui amalan dan jika tidak dilakukan ketahuilah bahawa dirimu belum beriman dan Iman mu tidak benar dan engkau masih seorang kafir.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.” (Muhammad : 31)



Allah akan menguji hamba-hamba-Nya untuk mengetahui kebenaran Iman masing-masing dan tuntutan syahadah harus dibenarkan oleh setiap Muslim melalui ujian yang menimpa diri mereka. Disebabkan itulah membenarkan Iman harus dengan mengukuhkan keyakinan di dalam jiwa sehingga sewaktu diuji dan dicuba oleh Allah swt maka orang yang beriman itu akan sabar dan teguh di dalam musibah yang menimpa diri mereka.




6- Keikhlasan Iman dan Melaksanakan tuntutan Syahadah kerana Allah dan Tidak Mensyirikkan-Nya



Mengikhlaskan Iman hanya kepada Allah swt adalah merupakan usaha tertinggi di dalam agama yang disebut sebagai Tauhid. Keimanan hanya kepada Allah swt dan dilakukan setiap rukun Iman dan amalannya hanya kerana Allah demi mengharapkan balasan dan memenuhi kehendak Allah swt.



Firman Allah yang bermaksud : “Katakanlah: "Hanya Allah saja yang aku sembah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agamaku". (Az-zumar : 14)

Ikhlas ialah sebuah proses pembersihan.


Firman Allah yang bermaksud : “Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” (Al-Baqarah : 129)


Membersihkan hati, lisan dan amalan kita daripada syirik kepada Allah yang bermaksud membersihkan diri dan jiwa kita daripada sekutu-sekutu dan pesaing Allah dan memastikan setiap apa yang terkeluar di hati, lisan dan dilakukan hanyalah bersih dan suci semata-mata untuk Allah swt.



Ketika inilah Iman itu dibuktikan melalui keIkhlasan bahawa hanya mereka yang ikhlas sahaja akan tetap dan istiqamah di atas jalan Allah yang lurus.




Sesungguhnya syahadah itu ialah kunci kepada syurga.

Kemuncak syahadah itu ialah al-wala dan al-bara dan itulah syarat seterusnya dan terakhir di dalam penerimaan Iman dan syahadah.




7- Mahabbah Fillah dan Bughdo Fillah yang bermaksud Mencintai dan membenci hanya kerana Allah yang di dalam istilah disebut sebagai Al-Wala Wal Al-Bara’



Pada syarat yang tertinggi dan terakhir di dalam soal penerimaan Iman dan tuntutan syahadah ini adalah mengehendaki supaya seseorang Muslim itu hendaklah mencintai Allah swt dan rasul-Nya melebihi segala-galanya yang ada dan wujud di atas muka bumi dan di seluruh alam ini.

Syarat yang tertinggi dan yang paling sukar.





Mencintai Allah dan rasul melebihi dirinya sendiri.

Mencintai Allah dan rasul melebihi suami dan isteri serta ahli keluarganya

Mencintai Allah dan rasul melebihi ibubapanya

Mencintai Allah dan rasul melebihi harta dan segala yang dimilikinya atau melebihi apa-apa yang ada di atas muka bumi.



Cinta dan benci kerana Allah swt.

Sabda rasulullah yang bermaksud : “Tali iman yang paling kukuh ialah Mencintai kerana Allah dan Membenci kerana Allah.” (hadis sahih riwayat Ahmad)

Cinta dan kasih hanya kerana diperintahkan oleh Allah swt.



Sabda rasulullah yang bermaksud : "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman iaitu Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada segala-galanya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah dan tidak mencintai melainkan kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas diselamatkan Allah sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api". (hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Adakah cukup sekadar mencintai? Tidak, benci pun ada...



Bermaksud membenci syirik dan taghut itu ialah dia melawan dan menghancurkan kesyirikkan itu dengan hati, lisan dan tangannya.


Firman Allah swt yang bermaksud : “Barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, Maka Sesungguhnya dia telah berpegang kepada ikatan tali yang Amat kuat yang tidak akan putus. dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.” (Al-Baqarah : 256)

Mari kita lihat pengajaran yang ditunjukkan oleh Allah dalam al-Quran, tentang nabi Ibrahim as...



Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan dia; ketika mereka berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya Kami berlepas diri daripada kamu dari apa yang kamu sembah selain Allah, Kami ingkari (kekafiran)mu dan telah nyata antara Kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah sahaja." (Al-Mumtahanah : 4)


Kerana itulah disebut di dalam syarat terakhir keimanan kepada Allah dan pelengkap kepada Kesahihan Iman dan kebenaran Syahadah ialah Mencintai dan membenci kerana Allah swt.





Siapakah dan apakah yang wajib kita benci?

syaitan (surah al-A'raaf ayat 27)
pemerintah yang zalim (al-Maidah ayat 44)
hukum yang bukan dari Allah dan RasulNya
mereka yang mengetahui ilmu ghaib yang bukan dari AQ dan AS
golongan yang menyembah selain daripada Allah (surah al-Qasas ayat 63, al-Furqan ayat 18)
Jadi, sebagai kesimpulan, jom tengok balik apa 7 syarat penerimaan syahadah~~~

1- Mengetahui Maksud Syahadah dan Tuntutan Iman

2- Meyakini Iman dan Syahadah Lailahaillallah tanpa Syak dan ragu

3- Penerimaan yang menyeluruh dan penyerahan yang mutlak terhadap Islam

4- Ketaatan dan Pelaksanaan Amal Terhadap Apa yang diPerintahkan

5- Membenarkan dan memperjuangkan Iman dan Tuntutan Syahadah

6- Keikhlasan Iman dan Melaksanakan tuntutan Syahadah kerana Allah dan Tidak Mensyirikkan-Nya

7- Mahabbah Fillah dan Bughdo Fillah yang bermaksud Mencintai dan membenci hanya kerana Allah yang di dalam istilah disebut sebagai Al-Wala Wal Al-Bara’




Akhir kata...




Firman Allah yang bermaksud : (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Al-Baqarah : 286)




Diedit dari sumber: Syarat Penerimaan Syahadah oleh ustaz Emran Ahmad



p/s: Sila rujuk artikel asal untuk pemahaman lebih lengkap...Ok? Jangan ambik separuh-separuh ya.. Artikel ini diringkaskan untuk memudahkan pemahaman... Sebaik-baiknya kita mencari sendiri dan berusaha untuk memahamkan dan melaksanakannya InsyaAllah

Check Dara Kat Kuku????

Aku terbaca satu blog mengenai dara…nak tahu dara seseorg wanita itu ??aku pun xberapa tahu pasal niela…just nak share pendapat aku

bagi nak mengetahui rahsianya(just copy right) walaupun aku rasa mengarut just layan jerK…..blogger ni kata dara leh dilihat kat kuku…hem…ye ker????

Wanita yang dah hilang daranya sebab sudah kahwin atau pernah terlanjur.... akan mempunyai 'kawasan' pucat kat pertengahan kuku dia. Kalau anak dara... kuku dia pink secara keseluruhannya....
aku nak bg contoh but terpulanglah yer…aku nie dah kawen…just nak share..

ini aku copy tgn blogger aku..yg belum kawen..(virgin)


ha...ini plak kuku aku..pink jugak...ahaaksss...almaklum ler org dah kawen..hihihi


mcm aku pernah baca tntg2 nie..tpi belum ada dalil kesahihan benda2 nie...sbb warna kuku ini beragntung pada tahap kesihatan kita..ha..buat nyer bdk tue still dara lagi kuku pucat sbb xcukup vitamin...xke naya...sian dia...heheh...wat ever la..nak share.. hahaha....apa2 pun LayANNN..........

Saturday 16 January 2010

CinTa Itu BuTa Atau ManusiA yg bUta????

entry nie aku copy kat blogger lain..
just nak sharing..hihihi..sbnrnya aku sokong apa yg tertulis nie..
but jgn sampai jd buta trus udahla...apa2-apa pun LayAnn.....

Cinta Itu Buta

cinta itu buta
benarkah?
acapkali saya dengar kata2 itu
acapkali juga saya memikirkannya
benarkah?

itu dahulu
sekarang saya faham
mengapa ungkapan itu tercipta
ungkapan yang memberi banyak makna
apabila seorang insan itu
mula mengenali cinta

cinta itu buta bila
semua yang ada pada si dia
semuanya elok
semua yang dilakukan oleh si dia
semuanya betul
walaupun ada yang
menyangkalnya
membetulkannya

mengapa ini terjadi?
ini terjadi apabila cinta itu
mula mengaburi mata dan hati
tapi patutkah cinta itu dipersalahkan?
wajarkah?

cinta itu juga ada salahnya
kerana bisa mengaburi mata dan hati
namun selebihnya
diri sendiri yang patut diperbaiki
kerana membiarkan cinta itu mengaburi
mata dan hati
seharusnya diri sendiri bangkit
mempertahankan diri
daripada terus dikaburi

diri ini pun
tidaklah sehebat mana
kerana kadang kala merelakan
cinta berbuat demikian
namun kesedaran itu penting
agar tidak terus hanyut
dikaburi
dalam melayari kisah cinta ini

p/s:macam segan sahaja mahu memberi orang lain membaca entri ini

Monday 11 January 2010

Sunday 10 January 2010




Perempuan Zaman Batu Moden


Jika diimbas kembali, pakaian perempuan zaman batu diperbuat daripada kulit binatang hanya menutup buah dada dan kemaluan mereka sahaja. Mungkin ketika itu agak sukar mencari bahan untuk dijadikan pakaian.

Itu di zaman batu.

Kini majoriti wanita barat mandi di laut atau di kolam renang hanya memakai ‘2-piece swimming suit’, menutup buah dada dan kemaluan. Bezanya berbanding pakaian perempuan zaman batu, material baju mandi terbabit tidak diperbuat daripada kulit binatang. Apa pun, kita faham. Jika setiap inci tubuh ditutup, maka mustahil kulit mereka mampu disinari matahari agar warna menjadi sedikit gelap, 'tan'. Lalu mereka terpaksa mendedahkan sebahagian besar tubuh badan.

Itu di negara barat.

Peliknya, di Malaysia, sebilangan perempuan juga tidak kekok tanpa segan silu memakai baju mandi seksi, sama seperti di barat biarpun bukan bertujuan untuk menggelapkan warna kulit.

Perempuan zaman batu moden, agaknya.

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W

10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W
7:19 PM nukilan mrsharis

Sharing is caring..

1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya.. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya.. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas.. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.."

9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Rejab : Pengertian, Peristiwa Penting & Amalan

Pengertian
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa Penting
1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

Amalan
Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.




Sumber Disediakan oleh:
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Melaka
www.al-azim.com

Cerita di publish 100 % oleh SuZiE pada 11:57 PM 0 comments

Labels: Islam


Wednesday, June 17, 2009
Mentaati ibu bapa

BERBAKTI dan berbuat baik kepada ibu bapa satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan setiap individu bergelar anak tanpa mengira ibu bapanya itu beriman atau sebaliknya.

Dalam surah al-Isra', ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada mereka, maksudnya: "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.

"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

"Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat."

Melalui nas terbabit jelas sekali kepada kita, berbakti kepada orang tua bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main dan boleh dipandang ringan kerana ia adalah suatu perintah yang mesti dilakukan.

Bahkan berbakti dan berbuat baik kepada mereka tergolong dalam amalan yang sangat disukai Allah. Ini sebagaimana hadis diriwayatkan dalam Sahih Bukhari daripada Abdullah, katanya:

"Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian bakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah."

Hadis berkenaan menunjukkan besarnya kedudukan ibu bapa dalam Islam. Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa amalan terbaik yang patut didahulukan daripada perkara lain, termasuk berjihad.

Menurut al-Qurthubi, termasuk berbakti dan berbuat baik kepada orang tua ialah tidak mencacinya dan menderhaka kepada mereka.

Jika ibu bapa atau seorang daripada mereka menyuruh si anak, wajib anak mentaatinya apabila perintah itu bukan membabitkan perkara yang mengundang dosa dan kemurkaan Allah.

Kita mempunyai ibu bapa dan kita sepatutnya bersyukur kepada mereka. Dengan adanya mereka, kita lahir ke dunia dan dapat mengenal segala isinya, malah dengan jasa mereka kita mendapat kenikmatan berlimpah ruah.

"Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada orang tuamu, hanya kepada-Ku kamu kembali." (Luqman:14)

Bagaimana bersyukur? Antaranya, kita memikul tanggungjawab terhadap mereka, dengan mengambil berat kebajikan mereka setiap waktu, memberikan bantuan serta menjaga dan mengambil tahu makan pakai mereka.

Sebagai anak, kita juga perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa dan memastikan sentiasa akrab walaupun apabila sudah dewasa dan mempunyai rumah tangga sendiri.

Perbuatan derhaka dilarang sama sekali. Mereka yang menderhaka berdosa besar. Dalam satu hadis menerangkan derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar selepas syirik.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w pernah menceritakan mengenai dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-dua ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu." (Hadis riwayat Muslim)

Menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka pada ibu tidak mencium bau syurga. Dalam satu kisah, sahabat Nabi s.a.w bernama Alqamah, seorang yang kuat beribadat, tetapi apabila di saat kematiannya dia tidak dapat mengucap syahadah kerana perbuatannya menyinggung hati ibunya, akibat terlalu cinta kepada isterinya.

Melihat keadaannya yang nazak, Nabi mengancam untuk membakarnya, tetapi apabila ibunya datang dan memaafkannya, azab yang menimpa Alqamah berakhir.

Peristiwa terbabit wajar dijadikan iktibar kepada semua di antara kita. Janganlah kerana isteri hak ibu terabai dan disebabkan suatu perkara remeh, tergamak meninggikan suara terhadap ibu sendiri.

Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)

LAWAK: Jam Dinding

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.

Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

LAWAK: Viagra

seorang wanita dalam usia awal 40an datang berjumpa doktor dengan wajah yang muram durja seraya berkata, "suami saya begitu dingin sejak akhir-akhir ini.., saya perlukan pertolongan dari tuan."

"kenapa puan tidak mencuba viagra ?, ia suatu penemuan hebat di abad ini!" ujar doktor tersebut.

"oh, please.. dia tak suka dengan ubatan dan pil rangsangan, dah puas saya memujuknya!"

"begini puan, puan boleh cuba tanpa disedarinya.. masukkan dalam minumannya.. dia takkan tahu sebab pil ini tiada perasa.." nasihat doktor itu lagi.

"ok,..saya akan cuba.." kata wanita tersebut sambil berlalu.

keesokan harinya datang lagi wanita tersebut dengan muka yang merah padam berjumpa doktor tersebut sambil berkata "sungguh memalukan!..sungguh memalukan!."

sambil terkejut doktor itu berkata "..kenapa, tak berkesankah?"

"oh tidak tuan doktor, kesannya amat semerta.. sambil minum petang semalam, saya ikut nasihat doktor.. setelah menghabiskan minuman, mukanya bertukar menjadi merah, terus menghumbankan semua isi meja ke lantai, merentap skirt saya dan mem..bla..bla..bla.. di atas meja makan itu juga !. ianya berlangsung hampir satu jam dan ini permainan yang paling hebat pernah saya rasa sejak 20 tahun lalu ..!".

"habis.. apa masalahnya?" tanya doktor kehairanan.

"yelah.. mana saya nak letak muka dengan ibu, ayah, mertua, anak-anak dan pembantu rumah saya !!! kami sedang minum petang bersama-sama !!. "

8C Buat Suami Benci Isteri

Sunday, October 18, 2009
8C Buat Suami Benci Isteri

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

C8. CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
statement nie aku copy dgn blogger lain...menarik..dan boleh dikongsi bersama2...
Renung2kanlah dan selamat beramal…..

Friday 8 January 2010

"SEBAB UTAMA LELAKI DITARIK KE NERAKA OLEH WANITA"

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji
dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..
pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg
kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...
kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat
kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa...
selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika
tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
............ ......... ......... ......... .........
Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
jin dan batu-batu

myMetro | Suspek mohon maaf



myMetro Suspek mohon maaf



GEMENCHEH: Suasana hiba menyelubungi lokasi pembunuhan empat sekeluarga apabila ibu kepada suspek utama kes itu sempat memeluk erat anaknya yang dibawa polis ke tempat kejadian dipercayai untuk mencari bahan bukti.
HIBA...Zahara tidak dapat menahan sebak ketika menemui suspek di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, semalam.
BAWA...suspek dibawa semula ke tempat kejadian dipercayai untuk mencari bahan bukti
GEMENCHEH: Suasana hiba menyelubungi lokasi pembunuhan empat sekeluarga apabila ibu kepada suspek utama kes itu sempat memeluk erat anaknya yang dibawa polis ke tempat kejadian dipercayai untuk mencari bahan bukti.
Lelaki berusia 34 tahun itu dipeluk ibunya Zahara Atan, 59, serta adiknya, Siti Mariam Ismail, 19, dan dua beranak itu kelihatan berlinangan air mata selama beberapa minit.
Zahara yang kelihatan hampir pengsan kerana terlalu sebak kemudian dipapah ahli keluarga dan duduk berhampiran tempat kejadian.
Dia sebelum itu dikatakan meminta kebenaran polis untuk menemui anaknya yang dibawa ke lokasi kejadian selepas polis mendapat perintah menahan reman suspek di Mahkamah Majistret Gemas.
Ibu dan adiknya, Siti Mariam kemudian dibawa ke sebelah van polis dinaiki suspek dan mereka kelihatan bercakap dengannya.
Zahara berkata, dia sudah memaafkan perbuatan anaknya dan reda dengan apa berlaku ke atas keluarganya. “Dia (suspek) tanya kenapa saya ada di sini sambil menangis dan meminta maaf atas kesalahannya. Saya sudah memaafkannya dan reda dengan semuanya,” katanya ringkas ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Sementara itu, adik Zahara, Dzolkiple Atan, 49, berkata kakaknya itu sempat mencium pipi anaknya sambil suspek memegang tangan Zahara lalu meminta maaf sebelum kedua-dua mereka menangis sebak.
Katanya, anak saudaranya itu turut meminta abangnya supaya menjaga ibunya itu.
Suspek sebelum itu dibawa semula ke tempat kejadian dan menunjukkan satu lagi senjata dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
Dia yang dibawa ke tempat itu selepas keluar dari Mahkamah Majistret Gemas, dekat sini, tiba di tempat kejadian jam 12.10 tengah hari dan dilihat membawa polis ke bahagian belakang rumah.
Harian Metro difahamkan, suspek menunjukkan sebilah pisau yang ditanam di bawah pokok durian. Polis kemudian menggali tanah menggunakan cangkul dan mengambilnya untuk siasatan lanjut.

Thursday 7 January 2010

Yeyeye...blog aku dah cunnn...

setelah lama blogging...hem..baru aku puas hati dgn blog aku...cantikla...bagi akula...sblm nie...aku pun xbrapa puas hati sgt design blog aku...hem...kat sini aku leh story morry...apa2la...ynag penting tahu baru nie...aku nak slalu up date blog aku...biar sentiasa cantik mcm empunya blog..heheheh...masuk bakul angkat sendiri...plannig mcm2..tpui masih blur...hem...nak kongsi skit nie...berat aku dah turn 3 kg..syukur alhamdulillah...walaupun dr segi fizikal xbrapa nampk...so far aku rasa ringan sikitla...badan nie...aku nie...sbnrnya water retentionla....jarang berpeluh...hem...at last aku try JDM5...sbb tgk testimonial ramai yg berjaya...so aku cuba...pemakanan kena jaga juga jgn main balun..huhuhu...tetapi dugaan...byk sih...aduh...tetapi demi nak pakai baju cantik...demi suami aku gagahkan diri...sbb mahal juga JDM5...so 1 week aku leh lostkan 3 kg...leh kira okla...
tapi hari nie...siut jer...terlupa bwk JDM5...hem...tghari aku mmng xmakanla...nak ajar perut nie...jgn nak kebulur jer...so hubby aku pun support aku...yela...nmpk sgt badan naik...lum beranak lagi...eee.....aku xmau jadi sesetgh org yg memboyak..huhuhu...xmaula....sadis...sbb dulu aku masa sekolah dah memang terkenal dgn badan besar tu...huhuhu...mcm hulk hugan..hahahaha...banyk suka duka..dlm menempuhi.kehidupan masa aku berbadan besar...sering manjadi bahan senda gurau...tpi aku xamik port..jjnji hepi....lama2..aku brpikir...sampai bila aku harus mcm nie...hem aku kuatkan semamngat.last semesta aku dh brdiet..sikit jer penurunan..abis study aku teruskan brdiet,,,disamping frust plak tue..hem...mnjadila...hehehe...skrg aku brazam...apa yg aku buat adalah demi kesihatan aku,suami dan bukan utk menunjuk body aku yg slim. kat org....eee....dosa tau...k la...panjang lak story...nak buka facebooklak...

Monday 4 January 2010

terer menaip???

jom test seberapa laju anda menaip ok

24 perkataan

Speed test



stakat nie aku test 10 kali..tapi..result aku yg paling best...boleh celen??