ticker

Monday 2 November 2009

bunga mawar versi tgh boring




ini semasa aku dah tahap boring giler so aku cari iedea apa yang harus aku buat

Saturday 15 August 2009

H1N1Penjagaan kesihatan amat dititik berat disaat ini,kala kini dunia dilanda wabak maut yang kini sedang mengganas meragut banyak nyawa,terutama kanak-kanak penyakit ini sindromnya seperti demam selsema dan mudah menyerang seseorang yang lemah imunisasi badan.Dari pemerhatian saya lakukan kebanyakan manusia tidak menitik berat kebersihan seperti kebersihan diri serta persekitaran rumah. Kita sedia maklum kuman berada dimana-mana sahaja ,kesan sampingan akan berlaku sekiranya kuman ini Berjaya menjangkiti tubuh badan kita.Virus H1N1 bukan lah virus yang terbaru,sebelum ini dan berabad sudah dunia sudah banyak kali diserang wabak yang telah banyak meragut berjuta-juta nyawa diseluruh dunia dan ini menandakan virus juga berevolusi seiring perkembangan semasa.Banyak bahan rujukan yang telah saya baca mengenai wabak yang pernah melanda dunia,Virus H1N1 pernah menyerang dunia pada puluhan tahun dahulu dan telah meragut berjuta-juta nyawa tidak silap saya 54 juta seluruh dunia.Bayangkanlah jika itu jumlah dimalaysia?Lesap semua rakyat Malaysia. Dengan ini kita haruslah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga guna “FACE MASK” terutama berada dikawasan yang ramai orang serta elakkan berkumpul ditempat sesak.Sebagai contoh Negara Jepun rakyatnya telah menggunakan topeng muka dimana sahaja mereka pergi sebagai langkah berjaga-jaga namun sebaliknya di Malaysia,Rakyat Malaysia masih memandang wabak ini seperti tidak merbahaya walaupun angka korban telah meningkat.simptom H1N1 seupama demam selesema namun ia menyerang pada system pernafasan,dan kita akan mengalami sesak nafas yang teruk dan suhu badan mencecah 40oc ,penghidap Asma terutamanya mudah terdedah dengan penyakit ini.Saya juga mempunyai sejarah penyakit asma,namun harus berjaga-jaga kerana virus bukanya boleh dilihat,sekiranya mengalami demam dapatkan rawatan dengan segera walaupun tiada symptom dijangkiti H1N1,ini merupakan pencegahan awal.

Sunday 14 June 2009

Mulia NYa SeoRanG IsterI D sIsi ALLAH

Renungan
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka
kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak..jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak... Si suami pulak,
jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak….

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami.."offer" lah pada suami, Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. ..sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

Satu lagi berita gembira untuk wanita,Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima
diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

NaSiHat Buat Si SuaMI & Si Isteri

Nasihat buat suami & rujukan buat isteri
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri
yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami .

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga
luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan
tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses
informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara
isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias
isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.
Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya
jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak . Benih
dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n
berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax
s eda ngkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk
dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan
rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk
isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma
ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu ,
kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang
best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok
belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma
masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang
semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin
dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh
control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma
main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan
sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,
jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda . Selalunya
perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi
itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengoto r. Dah buka baju, letakkan
dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,
bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu
barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke
nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda
dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja .

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri
pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak
boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,
jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara
baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati
nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa
doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai
isteri nak mampus pun tak perasan .

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat .
Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat
isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan . Bukannya laku bila
dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti
yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar
kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar
kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian
rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau
suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati .
Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati
orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami
boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan
kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.

TIp PAsaNGan SuamI Isteri

Tips cinta suami isteri
* Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.* Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.* Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.* Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.* Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.* Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.* Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.* Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.* Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada di sisi.* Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.* Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.* Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.* Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.* Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.* Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras \ menyara keluarga.* Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.* Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.* Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.* Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.kalau ada tips2 yang lain boleh kita berkongsi lagi

Pantang wanita kalau lelaki sebegini…

Pantang wanita kalau lelaki sebegini…
Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, "buka pintu", "buat kopi", "angkat kasut" dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti "boleh tolong buatkan kopi" dan "tolong buka pintu tu"

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata "gurau pun tak boleh"

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka "syok sendiri" membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang "buat dek.." terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Tahap Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop

Index Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop
Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…

Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx

Sayangilah Ibu Anda

EMAAK!!!...
Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku.....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari.......pasangan ku
Bila sedih, aku cari......mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...
Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau mak sudah tiada...........
MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama..
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya

Ular Sawa yg kekenyangan..nak tau dier makan aper????







Sunday 8 February 2009

my favourite song

Saturday 31 January 2009

Politik Malaysia dan Melayu

hari ni saya nak story skit mengenai politik Malaysia sekarang,politik Malaysia kini kini dilihat haru biru,parti sini lain masalah,parti sana lain masalah asyik masalah jer bila pula nak laksanakan tanggungjawab?aku tidak memihak mana2 parti walaupun saya adalah penyokong kuat salah satu parti dinegara ini.Situasi parti kini lebih kepada menyentuh kepada isu perkauman,walhal masyarakat di luar masih berbaik2 cuma ahli politik parti sahaja mereka timbulkan isu,mana pergi pemikiran mereka?tidakkah mereka mengingati sejarah 13 Mei ? mahukah peristiwa seperti itu berlaku?pada pendapat saya semua itu hanyalah untuk kepentingan mereka dan politik mereka.Walaupun parti yang saya sokong kini dilanda masalah besar namun saya tetap dengan sokong parti tersebut mengenangkan parti tersebut telah ditubuhkan oleh para pejuang kemerdekaan negara,namun dilihat semenjak pentadbiran baru mengambil tampuk peralihan semuanya menjadi tunggang langgang.mengapa ini terjadi?saya juga hampir hilang kepercayaan dengan pentadbiran baru ini namun diatas semangat bangsa dan negara saya tetap sokong,cuma parti berkenaan perlu di tukar p

Thursday 29 January 2009

Kenapa berlakunya Curang?

Assalamualaikum,
Dalam kehidupan suami isteri mestilah saling memahami diantara satu sama lain,baru sesuatu ikatan perkahwinan kekal bahagia,namun siapa sangka hujan ditengah hari,kes penceraian semakin meningkat,kecurangan pasangan pula semakin menular didalam masyarakat kita,tidak kira bangsa.malah ada pihak bangga dengan apa yang mereka lakukan.Siapa yang harus dipersalahkan?mereka saling menuding jari diantara satu sama lain.curang?kenapa terjadi?isteri curang pada suami,suami curang semakin menjadi kebiasaan pada mereka,seolah mereka saling menunjukan bahawa jika pasangan mereka boleh begitu mereka juga boleh berbuat demikian,namun semua itu akan menjerat diri sendiri seolah maruah tiada nilainya lagi pada zaman ini.Maksiat semakin berleluasa baru-baru ini keluar didalam akhbar wanita masih bersuami sanggup berlaku curang dibelakang suami diatas sebab2 tertentu,sebagai manusia yang mempunyai akal tidakkah mereka fikir untuk mencari penyelesaian?apa yang boleh dilihat mereka hanya mahu kemewahan dan keseronokan alasan masalah rumah tangga bermasalah sentiasa menjadi topik mereka,si suami juga dipersalahkan kerana mereka juga isteri mereka begitu,ramai lelaki mampu berkahwin namun melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga ramai yang gagal.Namun tidak semua lelaki demikian ada juga yang bertanggungjawab.namun apa yang pernah lihat berdasarkan pengalaman,ada wanita terpaksa demikian demi kerana anak?Pendapatan suami hanya untuk kegunaan dirinya sendiri untuk bersuka ria bersama wanita lain sedangkan siisteri dibiarkan menanggung semua isi didalam rumah,jika ditanya hanya sepak terajang diterima si isteri,lantaran itu jika wanita berkenaan bekerja dan berkenalan lelaki lain belakulah insiden yang tak sepatutnya asal kawan pendengar masalah dan akhirnya.........sendiri boleh fikir.tepuk sebelah tangan tidak berbunyi...bukan menyalah mana2 pihak ini hanyalah bedasarkan pendapat dan melihat perkembangan semasa manusia kini,jelas dan nyata memang kita semakin hampir kepada kiamat tanda2 hampir kiamat adalah maksiat berleluasa2,Ya Allah Hindari semua ini berlaku kepada ku kerana aku jua seorang isteri,semoga kau lindungilah kami suami isteri..Aminnnnnnn