ticker

Saturday 21 August 2010

5 CARA MEMILIH SAHABAT DALAM HIDUP


5 CARA MEMILIH SAHABAT DALAM HIDUP.....
Pertama: Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan...
Kedua: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat: Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima: Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu

KEIKHLASAN SEORANG SUAMI......


Hayatilah pengajaran dari secebis kisah ini.Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang matayang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya:“Sayang, saya baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. “Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …”.Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. “Saya akan mulai dulu ya”, kataisteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 3 muka surat …Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir … “Maaf,apakah saya harus berhenti ?” tanyanya. “Oh tidak,teruskan …” jawab suaminya.Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,”Sekarang giliran abang membacakan senarai mu”. Dengan suara perlahan suaminya berkata, “Aku tidak mencatat sesuatupun di atas kertasku. Aku berfikir bahawa engkau sudah sempurna, dan aku tidak ingin mengubah akan dirimu. Engkau adalah dirimu sendiri. Engkau cantik dan baik bagiku. Tiada satupun daripada peribadimu yang kudapati kurang …”Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya..bahawa suaminya menerimanya apa adanya. Ia menunduk dan menangis …Apa yang dapat anda katakan selepas memahami kisah ini?

JODOH KETENTUAN ALLAH

JODOH KETENTUAN ALLAH......Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi TEMAN hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:1. Hikmah pengajaranKerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.2. Asbab bertemu jodohPerpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.
3. TakdirInilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.Semoga menjadi pedoman buat semua....

Thursday 10 June 2010

aDIK BERaDIK jd PEROGOL angKARA vEDIO lUCAH


KUALA TERENGGANU: Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.
Dorongan kuat melakukan seks memaksa pasangan adik-beradik yang masih bersekolah di tahun lima dan enam itu bertindak berani apabila melakukan hubungan terlarang di atas katil dalam sebuah bilik di rumah nenek mereka di Manir, di sini.

Difahamkan, sebelum melakukan hubungan seks, pasangan perogol junior itu bijak memasang jerat bagi menaikkan nafsu mangsa apabila mengajaknya menonton video lucah sebelum melakonkan semula adegan panas dalam bilik berkenaan. Ketika kejadian, ibu dan bapa mangsa serta neneknya tiada di rumah ketika kejadian pada jam 2.30 petang Selasa lalu.

Sebaik selesai menonton video lucah itu, kedua-dua suspek tidak sabar menggayakan aksi panas dalam video berkenaan dan memulakan adegan apabila melakukan seks oral terhadap mangsa.

“Mangsa yang mematuhi arahan dua suspek terbabit bagaikan ‘dipukau’ apabila mengikut kehendak suspek.

“Mangsa disuruh menanggalkan pakaian sebelum pasangan adik-beradik terbabit merogolnya bergilir-gilir,” katanya.

Sumber polis berkata, penderitaan mangsa selepas menjadi habuan seks sepupu sendiri sejak 2008 lalu bagaimanapun berakhir apabila kedua-dua suspek ditahan selepas perlakuan mereka terbongkar.

Katanya, suspek ditahan di rumah neneknya pada jam 7.30 pagi Jumaat lalu selepas bapa mangsa yang tinggal di kuarters kakitangan kerajaan di bandar ini membuat laporan di Balai Polis Manir pada jam 9.15 malam, dua hari selepas mangsa dirogol.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk pemeriksaan lanjut.

“Kedua-dua suspek ditahan reman dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol sebelum mendapat perintah tambahan reman selama satu hari bermula semalam,” katanya.

Ustazah "Terlanjur sbb tertekan suami kawen 2"mcm2 hal



KUALA LUMPUR: Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.

Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.

Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.

Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu, baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.

Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan umrah.

Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai.

Menurutnya, ustazah terbabit dan suaminya berkahwin pada 1997, tetapi tidak dikurniakan cahaya mata menyebabkan mereka mengambil dua anak angkat termasuk seorang daripadanya dipelihara sejak kecil.

“Wanita itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan menagih simpati.

“Ustazah itu memberitahu duda terbabit kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini, dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.

“Tetapi, sebagai seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia pernah terlanjur dengan wanita berkenaan, tetapi di pihak ustazah terbabit, dia masih mahu ‘menegakkan benang basah’ dan menyebarkan berita kononnya dia dianiaya.

Menurutnya, demi menjaga nama baik keluarga dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada rombongan sekolah, sebelum mereka ditangkap khalwat.

Katanya, ketika ditangkap, pasangan terbabit memberi alasan duda terbabit datang untuk menghantarnya pulang ke rumah dan membantu mengangkat beg.

Sementara itu, Harian Metro difahamkan, ustazah terbabit dan pasangannya akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kota Tinggi, pada 22 Mac ini, atas tuduhan berkhalwat.

Bayi Dicekik..Ya Allah..sian sungguh bayi brkenaan...


• KOTA KINABALU: Bunyi tangisan bayi yang nyaring pada malam hari membongkar perbuatan seorang ibu bersifat syaitan dipercayai mencekik bayi dilahirkannya sehingga mati, sebelum mayatnya dibungkus dan ditanam di sebuah ladang di Jalan Jerecoh, Kinabatangan, di sini, semalam.
• Salah seorang pekerja ladang yang enggan dikenali, berkata, pada mulanya dia mendengar suara tangisan bayi kira-kira jam 9 malam, kelmarin ketika mahu mematikan enjin bekalan air terletak bersebelahan rumahnya. Bagaimanapun, katanya dia takut melihat apa yang berlaku kerana menyangka ia suara hantu berikutan lokasi kediamannya jauh daripada penempatan penduduk. Katanya, pada keesokkan harinya (semalam), dia tergerak hati menyiasat apa yang berlaku sebelum mengajak salah seorang rakan menemaninya. Beliau berkata, sebaik tiba kawasan belukar tidak jauh di belakang rumahnya, dia terkejut mendapati ada longgokan tanah yang masih baru digali seperti sebuah busut kecil. “Kira-kira satu jam memeriksa kawasan ini, rakan saya terlihat kesan tanah baru digali tetapi ditimbus pelepah kelapa sawit sebelum mengalihkan timbunan daun itu.
• “Saya menggali semula busut kecil ini sebelum menemui satu bungkusan kecil dibaluti guni plastik sebelum membukanya,” katanya. Lelaki terbabit terkejut apabila mendapati guni palstik itu mengandungi mayat bayi masih bertali pusat dan dipenuhi darah sebelum menghubungi pihak polis.

• Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Deputi Superintenden (DSP) Jaini Abdul Kadir, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berkenaan. Katanya, sebaik menerima panggilan itu, pihaknya menghantar beberapa anggota menyiasat dan mengesahkan menemui mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan ditanam secara sembunyi. “Dua lelaki terbabit mendakwa menemui mayat bayi ini selepas mendengar tangisan bayi pada malam sebelum itu sebelum mencari punca bunyi berkenaan pada pagi esoknya. “Mereka menemui longgokan tanah baru digali lalu menggali sebelum menemui bungkusan guni mengandungi mayat bayi cukup sifat dipercayai baru beberapa jam baru dilahirkan sebelum dibunuh dan ditanam,” katanya.
• Katanya, berdasarkan maklumat daripada lelaki berkenaan, dia pernah melihat seorang wanita sarat mengandung mundar-mandir di ladang terbabit beberapa kali sebelum ini. "Bertindak atas maklumat itu, pihak polis mengesan rumah wanita terbabit dan mendapati perutnya kempis sebelum ditahan untuk siasatan. “Polis percaya wanita berusia 33 tahun ini dipercayai melahirkan sendiri bayinya sebelum mencekik dan menanamnya untuk mengelakkan daripada diketahui masyarakat,” katanya. Jaini berkata, wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut. Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal terhadap mayat bayi itu mendapati terdapat kesan lebam pada lehernya dipercayai dicekik.
• “Bayi malang ini dipercayai masih hidup ketika dilahirkan tetapi mati akibat dicekik sebelum ditanam. “Tangisan akhir bayi didengari pekerja ladang itu adalah tangisan terakhirnya sebelum ditanam,” katanya. Menurut Jaini, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat bayi secara sulit

Friday 4 June 2010

Girl Buried Alive In Grisly Honour Killing





A 16-year-old girl was buried alive by relatives in a gruesome Turkish honour killing - because she befriended boys. Grim: The hole where Medine Memi was found buried alive in TurkeyActing on a tip-off, police discovered Medine Memi's body in a sitting position with her hands tied, in a two-metre-deep hole in a chicken pen outside her house.A post mortem revealed that she had a significant amount of soil in her lungs and stomach, meaning that she was buried alive, foresic experts told the Anatolia agency.The girl was discovered in Kahta town, Adiyaman province, 40 days after she went missing."The autopsy result is blood-curdling," one anonymous expert said "According to our findings, the girl - who had no bruises on her body and no sign of narcotics or poison in her blood - was alive and fully conscious when she was buried."Medine's father and grandfather have been arrested and jailed pending trial over her killing, the agency said.The father is reported to have said in his testimony that the family was unhappy she had male friends.In honour killings, most prevalent in Turkey's mainly Kurdish southeast, a so-called family council names a member to murder a female relative.A victim is targeted if she is considered to have sullied the family honour, usually by engaging in an extra-marital affair.But the practice has gone so far as to kill rape victims or women who simply talked

Bila Isteri menangis

Jika isteri menangis dihadapan mu...."
hargailah ia sebelum terlewat"
jika seorang isteri menangis dihadapanmu,itu beerti dia tidak dapat menahannya lagi....
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hayatmu...
jika kau membiarkannya pergi, dia tidak kembali menjadi dirinya yang dulu..selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia menyanyangimu.Dia akan menurunkan rasa egonya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terpuruk terlalu dalam....
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jgn menyia-nyiakannya.Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh ke dalam matanya.Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?Apakah keistimewaan perempuan ini ?
Di balik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat...
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANNYA adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya..
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya...
Dia TERHARU dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang2 yang dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM di sebalik KESEDIHANNYA..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIANTITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal...
Bahawa
"Betapa BERHARGAnya dia"...

Wednesday 2 June 2010

End OF Harry Potter


LONDON - Pelakon utama filem Harry Potter, Emma Watson dan Daniel Radcliffe menyatakan rasa sedih mereka kerana filem ahli sihir remaja itu sudah berakhir, lapor sebuah akhbar semalam.
Apabila Emma yang membawa watak Hermione Granger dan Radcliffe sebagai Harry Potter menjalani penggambaran terakhir filem tersebut dekat Hertfordshire, wajah mereka kelihatan sedih.
Emma dilihat meletakkan tangan di bahu Radcliffe untuk menenangkannya manakala muka rakan mereka Rupert Grint yang membawa watak Ron berkerut.
Kesemua mereka menjalani siri ketujuh mengenai ahli sihir itu yang berjudul Harry Potter and the Deathly Hallows.
Ketiga-tiga mereka menjadi jutawan kerana berlakon dalam siri filem tersebut.
Penerbit filem itu, David Heyman berkata, filem terakhir Harry Potter mempunyai dua bahagian.
Bahagian pertama akan ditayangkan pada November ini manakala yang kedua ditayangkan Julai tahun depan. - Agensi
* sedey gak xder sambungan lagi harry potter...film yg trhebat wlau dah tua2 nie suka tgk film animasi..

Wanita Dimata lelaki


Malam pasangannya siang,Jaga pasangannya tidur,Rajin pasangannya malas,Dan lelaki pasangannya perempuan.Kerana perempuan adalahpasangan kepada lelaki,maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanitaitu dapat memikat hati lelaki.Bila berkata tentang terpikat,maka ia ada hubung kait dengan nafsu.Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawaldengan iman.Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintahAllah dan RasulNya dan menjauhilaranganNya.Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.Simbol apa, semua orang tahu.Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jikatidak dikawal dengan iman.Maka mata lelaki ini selalu menjalarapabila terlihat seorang perempuan.Setiap bentuk badan seorangperempuan boleh dihayati oleh seorang lelakidengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.Apabila seorang lelaki terlihat seorangperempuan, maka perkara pertama yang akandilihatnya ialahrambut wanita berkenaan.Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara olehseorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.Oleh kerana itulah wanita wajib menutuprambutnya.Apabila rambut wanita itu telah ditutup, makamata lelaki itu akan turun ke bawah melihatbentuk lehernya,maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.Maka mata lelaki itu akan turun lagimelihat bentuk payu daranya,maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentukpayu daranya dengan melabuhkan tudungnya.Setelah itu mata lelaki akanturun lagi melihatbentuk ramping pinggangnya,maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampakbentuk pinggangnya,maka mata lelaki itu akan melihat pula akanbentuk punggungnya,maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannyaagar bentuk punggung tidak kelihatan, danlelaki itu akan pula melihatbentuk pehanya,maka janganlah sesekali wanita itu memakai kainyang agak ketat sehingga terlihat bentukpehanya walau sedikit,maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akanbentuk kakinya pula,maka janganlah wanita itu berseluar, keranaterus-terang pihak lelaki bercakap, walaumuslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,jika beliau memakai seluar,walau nampak besarsedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secarasepontan, entah tak tahu Kenapa?Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampakakan bentuk kakinya,maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itukepadakakinya,maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelakiitu tidak berdosa, menutup kakinya denganmelabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanyajangan sesekali berwarna kulit perempuan,maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,akan melihat pulabentuk tangan wanita itu,maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkantudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.Maka wahai lelaki,janganlah pula kamu melihat mukanya,kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jikakamu wahai lelaki, ingin meminangnya.Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yangcantik akan menimbulkan fitnah,maka berpurdahlah kamu,jika itu lebih baik untuk kamu.Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenispenyakit,iaitu matalelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jikaia terlihatwarna yang menyerlah atau terangjika ianya berada pada perempuan.Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah janganmemakai pakaian yang warnanya terang-terangansangat.Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahuapakah dia mata lelaki itu, dan perludiingatkan, jika semua aurat telah ditutup,jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulahpula kita menjaga kehormatan diri masing2,jangan keluar seorang2,keluarlah denganmahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agartidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pulajanganlah menjalar langsung kepada muslimah,walau muslimah itu telah menutup aurat,insyaAllah selamat dunia akhirat.Seperti firman Allah, "Dan tundukkanlah pandanganmudan jagalah kemaluanmu".Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudungmasih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaumlelaki, mata kamu itu wajib untuk tidakmencuri2 melihat wanita muslimah, kerana iadilarangi oleh Allah SWT.Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga...wasalam......................

LAgi.....Buang Bayi..Ya Allah..


Bayi dibuang
ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ketika dijumpai di Damansara semalam.
PETALING JAYA - Lagi kes pembuangan bayi. Kali ini melibatkan bayi lelaki yang mayatnya ditemui di tepi Jalan SS22/48 berhampiran Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya di sini semalam.
Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 6.15 petang ketika pulang dari kerja sebelum memaklumkannya kepada polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati, bayi itu ditemui dalam keadaan tidak berbalut dengan kain mahupun plastik.
"Bayi lelaki itu dipercayai dilahirkan tidak lebih dari tiga jam lalu kerana masih terdapat kesan darah pada badannya. Polis masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui jika terdapat kecederaan lain pada bayi itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.
*Ps- kemanakah sifat kemanusiaan manusia sekarang?apakah dosa bayi berkenaan?andai tidak mahu bayi brkenaan jgn dibunuh biarlah ia brnafas dimuka bumi Allah..kerana ada insan yg sanggup menerima....

Saturday 29 May 2010

bb..wAT muKA pELIK..















cute nye
mcm ner memek muka bb buat...diorg still cute...geramnyer

ugly to be pretty...make up makeover..wa...

before she transform...




ini just a few pic make over


cantik



make up make over







ini ler true face





aiyak..look like maid la...









Fuh...tgk dpn mcm istana sehh...tpi lihat sebaliknye..


Friday 28 May 2010

AnjinG nk jadi sInga..KItty Nk Jadi Spacekitty



Jom layan pic lawak

KLu Pun nK mempelbagaikan..ayokk Pad Pun leh jd Ilham


view..ler..klu korang sanggup xnk makan????aku pun xtaw..mcmner diorg leh dpt idea nie..errrrrkkkk

Binatang pun tau syg...

Sunday 21 March 2010

Blog Yg HMaPir Brsawang...

Agak lama aku xmngupdatekan blog aku..emm.bkn apa..sjk kebelakangan ini aku sibuk duk mnsearch sesuatu..hingga aku hilang mood utk mngupdate blog aku nie...ada sesuatu yg mngagnggu pkrn aku ni...he...susah nak terang bagaimana...sbb ini melibatkan keluarga...and emak aku yg kurang sihat mnyebabkan aku susah utk berfikir..kdg2 aku blur...makin hari kesihatan emak agak mmbimbgkan jgkla..sakit org berumur nie biasala...betullah..ibu mmpu mnjaga 10 anak..namun anak 10 xmampu nak jag ibu sorg..waktu dan kerja mambataskan untk aku mnziarahi ibu ku...wlu tinggal brdekatan..kdg2 nak juga singgah lawat mak bila blik keje..pk2..mak kurng sihat sy plak blik mlm...krg entah apa2 yg mgikut..xpasal..jd mcm mlm hari tue..mak aku lemah semangt so mudah benda2 halus nie duk kacau...lgpun mak bnyk kali kena mcm tue...sbb lemah semangat..may b stress pun salah satu la..yela...sakit pastu asyik kuar masuk wad...aku pun risau bila..mak asyik masuk wad..entah apala..yg akan doctor2 tue buat...cucuk sana cucuk situ...eeee...kdg2 gerun jugala...hospital penuh dgn org sakit..mcm2 garam aku tgk...sian mak aku...kdg sampai xleh bangun...ya Allah sedeynya aku usah nak katala....seganaz rupa ku nie...memg aku mudah menitiskan air mata...emak yg melahirkan..kita..begitu sensara menahan sakit...Ya Allah dikau..Pulihkanlah ibuku seperti sediakala..biarlah dia sentiasa tersenyum dn ketawa....Amin....

Tuesday 16 February 2010

Sugar Level

MOral of These Pic...less sugar for our health













































































Chinese Eye Test..lets try


Chinese eye test

THIS IS BRILLIANT!!!


If you cannot decipher anything, then try pulling the corner of your eyes as if you were Chinese. (Sepetkan mata anda - tarik kiri kanan)

It works :-)

The Wonder Of world...
















Can u eAt these cake???

ohhhhww......


eeee........................


eeeeeeeeeee............



nyummm.....nyummmm