ticker

Wednesday 2 June 2010

End OF Harry Potter


LONDON - Pelakon utama filem Harry Potter, Emma Watson dan Daniel Radcliffe menyatakan rasa sedih mereka kerana filem ahli sihir remaja itu sudah berakhir, lapor sebuah akhbar semalam.
Apabila Emma yang membawa watak Hermione Granger dan Radcliffe sebagai Harry Potter menjalani penggambaran terakhir filem tersebut dekat Hertfordshire, wajah mereka kelihatan sedih.
Emma dilihat meletakkan tangan di bahu Radcliffe untuk menenangkannya manakala muka rakan mereka Rupert Grint yang membawa watak Ron berkerut.
Kesemua mereka menjalani siri ketujuh mengenai ahli sihir itu yang berjudul Harry Potter and the Deathly Hallows.
Ketiga-tiga mereka menjadi jutawan kerana berlakon dalam siri filem tersebut.
Penerbit filem itu, David Heyman berkata, filem terakhir Harry Potter mempunyai dua bahagian.
Bahagian pertama akan ditayangkan pada November ini manakala yang kedua ditayangkan Julai tahun depan. - Agensi
* sedey gak xder sambungan lagi harry potter...film yg trhebat wlau dah tua2 nie suka tgk film animasi..

No comments:

Post a Comment